Program Bakti Siswa Titans/INASIS SME BANK

Disediakan oleh: NOR KHATIHA ASMIDA BINTI MOHD SUBARI

Foto oleh: DEEPAK DELANO NATARAJAN

SUNGAI PETANI, KEDAH – Biro Integrasi dan Antarabangsa JKPS Inasis SME Bank Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menjayakan program Bakti Siswa Titans di Kampung Batu Lintang pada 17-18 Mei yang lalu.

Bakti Siswa Titans ini merupakan satu program yang dirancang bagi melatih mahasiswa untuk menabur bakti kepada masyarakat Kampung Batu Lintang, Sungai Petani.

Program Bakti Siswa Titans ini menjadi medium terbaik untuk pelajar berinteraksi dengan kalangan kakitangan yang dijadikan keluarga angkat, di samping memberikan khidmat bakti.

Setiap rumah keluarga angkat mengambil dua hingga tiga mahasiswa sebagai anak angkat mereka. Pada majlis ini sesi suai kenal di antara keluarga angkat masing-masing diadakan bagi mengetahui serba sedikit latar belakang.

Pelbagai aktiviti yang dirancang mengikut kreativiti keluarga angkat masing-masing. Antaranya seperti menyediakan sebanyak 300 bungkus bubur lambuk berjaya disiapkan dan diedarkan dari pintu ke pintu oleh sebahagian peserta Bakti Siswa Titans ini dan juga aktiviti bergotong royong dan mengecat di Sekolah Kebangsaan Simpor

Pada hari kedua pula dimulakan dengan menyediakan sahur di samping mengemas dan membersihkan rumah keluarga angkat mereka.

Pengetua Inasis SME Bank, Enck Zahril Anwar Malek Abdol Hamid penyampaian sumbangan asnaf dan duit raya. Seramai tiga keluarga asnaf telah terpilih untuk menerima sejumlah wang yang merupakan hasil sumbangan warga UUM sendiri menerusi kutipan dana oleh para peserta. Duit raya juga diberikan kepada kanak-kanak dan warga emas.

Menurut Pengarah program, Deepak Delano, “Walaupun saya tidak menjalani ibadah berpuasa namun hal tersebut tidak menghalang saya untuk sama-sama merasai suasana Ramadhan dengan penduduk kampung di sini. Ternyata, objektif program ini telah tercapai apabila setiap pihak yang terlibat bantu-membantu untuk menjayakan program ini meskipun mereka penat berpuasa.”

Diharapkan program berbakti kepada masyarakat ini dapat diteruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Siswa Inasis SME Bank tanpa mengira waktu dan lebih kerap lagi agar hubungan mahasiswa dengan komuniti sentiasa terjaga dan sentiasa terus berbudi.