HEP ONLINE : Jawatankuasa KIK peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah menganjurkan sebuah Bengkel KIK peringkat HEP pada 10 hingga 11 Ogos 2020. Seramai 25 orang peserta dari Pusat Budaya dan Seni (Tech Double 20) serta Pusat Sukan (ESCE NOOB) telah hadir bagi menjayakan ke bengkel tersebut. Dr Rosman Iteng dari IPQ, Universiti Utara Malaysia telah dijemput sebagai fasilitator selama dua hari bagi berkongsi kepakaran dan ilmu KIK.

Peserta telah didedahkan kepada konsep dan tujuan KIK, memahami alat-alat kualiti dan persediaan dokumen KIK. Kedua-dua pusat tanggungjawab (PTJ) ini adalah wakil HEP ke pertandingan KIK peringkat UUM yang akan diadakan pada bulan Oktober 2020. 

Dalam pada itu, umpulan ESCE NOOB dari Pusat Sukan telah memenangi kategori Visual terbaik dalam pertandingan yang diadakan di bengkel tersebut. Bengkel diharapkan mampu memberikan impak positif kepada pihak yang terlibat.

Career Info-Session : Swift Integrated Logistics Sdn. Bhd

UUM ONLINE: Pada 25 Februari 2020 Pusat Pembangunan Kerjaya telah menjalankan satu taklimat Career Info-Session with Swift Integrated Logistics Sdn.Bhd. Taklimat berkenaan adalah mengenai cabaran digital dalam pasaran kerja semasa oleh Mr. Kannadasan Nagalingam.

Career Info-Session with Swift Integrated Logistics Sdn. Bhd. bersama Mr. Kannadasan Nagalingam yang diadakan pada 25 Februari 2020 ini menekankan tentang cabaran digital yang dihadapi dalam pasaran kerja masa kini terutamanya kepada mahasiswa.

Dalam memastikan mahasiswa peka dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat membangun, taklimat ini diadakan bagi membuka mata mahasiswa tentang apakah cabaran digital yang sedang berdaya saing pada masa kini.

Objektif taklimat ini adalah untuk memastikan mahasiswa sedar tentang cabaran digital serta menekankan cabaran ini dari perspektif logistik di Malaysia.

“Everything is digital” ujarnya. Beliau cuba menyedarkan mahasiswa bahawa di era kini setiap individu perlu mempunyai telefon pintar untuk menjalankan aktiviti harian.

Turut hadir bersama Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Dr. Herman Shah bin Anuar, staf-staf Pusat Pembangunan Kerjaya serta 70 orang mahasiswa yang turut menghadirkan diri pada taklimat yang dijalankan di DKG 2/1 pada jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.

Career Info-Session : Silterra Malaysia Sdn Bhd

SINTOK – 18 Februari 2020 satu program “Career Info-Session” telah diadakan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 2/1, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC). Program yang telah dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa untuk mencari peluang-peluang kerjaya dalam semua sektor swasta mahupun sektor kerajaan.

Di samping itu, objektif utama dalam program ini adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai produk-produk dan servis berteknologi yang dihasilkan oleh syarikat Silterra. Silterra adalah syarikat pembuatan semikonduktor yang menjadi pemangkin untuk pelaburan teknologi tinggi di Malaysia.  Tambahan pula syarikat ini bertujuan untuk melahirkan sumber manusia yang pakar dalam bidang berkaitan dan berpendapatan tinggi. Keluaran utama dalam syarikat Silterra ini adalah mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia.

Menurut Senior EXEC 1 HR Staffing Silterra, En Hakimi, pengetahuan dalam bidang teknologi perlu didedahkan kepada mahasiswa seiring dengan dunia teknologi ini. Di samping, mahasiswa menimba ilmu pengetahuan, pihak Silterra turut mempromosikan produk-produk dan servis yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Turut hadir bersama-sama Pengarah CDC Dr Herman Shah bin Anuar, staf-staf CDC dan 50 para pelajar yang mewakili dibawah empat pusat pengajian masing-masing terdiri daripada SOIS, SQS, SBM, dan SAPSP.

Program ini adalah satu pendekatan yang digunakan oleh CDC dalam mendidik mahasiswa yang akan berfungsi sebagai seorang pemimpin negara pada suatu hari nanti.