Career Info-Session : Swift Integrated Logistics Sdn. Bhd

Career Info-Session : Swift Integrated Logistics Sdn. Bhd

UUM ONLINE: Pada 25 Februari 2020 Pusat Pembangunan Kerjaya telah menjalankan satu taklimat Career Info-Session with Swift Integrated Logistics Sdn.Bhd. Taklimat berkenaan adalah mengenai cabaran digital dalam pasaran kerja semasa oleh Mr. Kannadasan Nagalingam.

Career Info-Session with Swift Integrated Logistics Sdn. Bhd. bersama Mr. Kannadasan Nagalingam yang diadakan pada 25 Februari 2020 ini menekankan tentang cabaran digital yang dihadapi dalam pasaran kerja masa kini terutamanya kepada mahasiswa.

Dalam memastikan mahasiswa peka dengan kemajuan teknologi yang semakin pesat membangun, taklimat ini diadakan bagi membuka mata mahasiswa tentang apakah cabaran digital yang sedang berdaya saing pada masa kini.

Objektif taklimat ini adalah untuk memastikan mahasiswa sedar tentang cabaran digital serta menekankan cabaran ini dari perspektif logistik di Malaysia.

“Everything is digital” ujarnya. Beliau cuba menyedarkan mahasiswa bahawa di era kini setiap individu perlu mempunyai telefon pintar untuk menjalankan aktiviti harian.

Turut hadir bersama Pengarah Pusat Pembangunan Kerjaya, Dr. Herman Shah bin Anuar, staf-staf Pusat Pembangunan Kerjaya serta 70 orang mahasiswa yang turut menghadirkan diri pada taklimat yang dijalankan di DKG 2/1 pada jam 10 pagi sehingga 12 tengahari.