Career Info-Session : Silterra Malaysia Sdn Bhd

Career Info-Session : Silterra Malaysia Sdn Bhd

SINTOK – 18 Februari 2020 satu program “Career Info-Session” telah diadakan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 2/1, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC). Program yang telah dilaksanakan ini adalah bertujuan untuk membantu mahasiswa untuk mencari peluang-peluang kerjaya dalam semua sektor swasta mahupun sektor kerajaan.

Di samping itu, objektif utama dalam program ini adalah untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai produk-produk dan servis berteknologi yang dihasilkan oleh syarikat Silterra. Silterra adalah syarikat pembuatan semikonduktor yang menjadi pemangkin untuk pelaburan teknologi tinggi di Malaysia.  Tambahan pula syarikat ini bertujuan untuk melahirkan sumber manusia yang pakar dalam bidang berkaitan dan berpendapatan tinggi. Keluaran utama dalam syarikat Silterra ini adalah mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia.

Menurut Senior EXEC 1 HR Staffing Silterra, En Hakimi, pengetahuan dalam bidang teknologi perlu didedahkan kepada mahasiswa seiring dengan dunia teknologi ini. Di samping, mahasiswa menimba ilmu pengetahuan, pihak Silterra turut mempromosikan produk-produk dan servis yang dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Turut hadir bersama-sama Pengarah CDC Dr Herman Shah bin Anuar, staf-staf CDC dan 50 para pelajar yang mewakili dibawah empat pusat pengajian masing-masing terdiri daripada SOIS, SQS, SBM, dan SAPSP.

Program ini adalah satu pendekatan yang digunakan oleh CDC dalam mendidik mahasiswa yang akan berfungsi sebagai seorang pemimpin negara pada suatu hari nanti.