Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan
HEPA ONLINE : Unit Kepimpinan & Pemerkasaan Pelajar Pusat Kaunseling baru-baru ini telah mengadakan Program Survival Self “Will to Win” dengan melibatkan pelajar-pelajar dari MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah.
Kem ini dijalankan untuk mengasahkan kekuatan minda para pelajar MRSM bagi persediaan berhadapan dengan suasana pembelajaran di asrama kelak. Seramai 162 pelajar dilatih dengan pelbagai modul kepimpinan dan jati diri yang dikendalikan oleh Pemimpin Sukarelawan UUM (Avengers UUM).
Menurut pengarah program Tuan Sharifah Rosanita Binti Tuan Mohd Suhairi, pelajar Semester 4, jurusan Ijazah Pengurusan Pembangunan, “program ini bertujuan memantapkan para pelajar dari segi ketahanan diri sama ada dari segi fizikal termasuklah rohani (dalaman) mereka”.
“Seperti yang telah dimaklumi, pelajar MRSM cukup cemerlang dari segi akademik namun ianya akan lebih mantap jika jati diri mereka disulami dengan latihan cabaran fizikal dan mental.
Ini secara tidak langsung akan dapat memberikan pakej yang lengkap bagi menjadikan pelajar-pelajar ini bersedia dalam apa juga situasi” katanya. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem sintok UUM.