All News

BANTUAN MAKANAN FOODBANK UNTUK PELAJAR

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINEBahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD, UUM) tetap meneruskan usaha murni dengan menyampaikan sumbangan pek makanan (Food Bank) kepada pelajar yang memerlukan bantuan daripada kalangan B40.

Usaha yang dijalankan bermula pada tahun 2019 ini telah disumbangkan kepada hampir 16,000 orang yang terdiri dari pelajar B40, OKU dan Orang Asli di UUM Kampus Utama Sintok Kedah. Bantuan Food Bank Siswa UUM ini telah mendapat sokongan dan sumbangan daripada pelbagai pihak sama ada daripada orang perseorangan, NGO, Syarikat Swasta dan lain-lain lagi.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed berkata “terdapat sejumlah pelajar yang berada di dalam kampus perlu diberi perhatian yang serius dalam aspek keperluan sara hidup dan semua pihak perlu membantu untuk mengurangkan bebanan pelajar buat masa  ini”.

Penyerahan pek makanan ini telah disampaikan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Encik Shahadat Ali Nordin kepada 8 orang wakil inasis untuk diagihkan kepada pelajar 2,537 orang pelajar dalam kampus yang memerlukan.

Diharapkan inisiatif Ini tetap menjadi agenda utama dalam aspek kebajikan pelajar untuk menyumbang dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik khususnya buat pelajar Universiti Utara Malaysia. Ini selari dengan slogan SSSD iaitu “We help I We Share I We care”.