All News

WARGA ROHINGYA DIBIMBING MENGUASAI BAHASA INGGERIS

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINESeramai 19 orang pelajar warga Rohingya  di Baitul Rahmah Rohingya Learning Centre, Alor Setar dilatih untuk mengenal Bahasa Inggeris. Program yang dikenali  dengan nama A Ray of Hope with The Rohingya Kid dianjurkan oleh Biro Integrasi, Komuniti & Antarabangsa di bawah Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa MISC & BSN

Program yang dihadiri  oleh 33 orang mahasiswa yang terdiri daripada JKPS INASIS MISN bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar warga Rohingya mengenai penggunaan Bahasa Inggeris. Program ini telah berjaya membantu pelajar warga Rohingya mengenali beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian sekaligus dapat menarik minat mereka untuk terus mempelajari bahasa ini.

Turut hadir Pengetua INASIS MISC & BSN, Encik Suhaimi Ismail dan wakil pengurusan Baitul Rohingya Learning Centre, Alor Setar. Encik Suhaimi  berkata “program seumpama ini wajar digerakkan oleh kalangan pelajar UUM bagi membantu golongan seperti ini disamping mewujudkan sifat prihatin terhadap pengembangan ilmu tanpa mengira kaum dan keturunan.