Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan
HEPA ONLINE : Seramai 24 orang wakil setiap Pusat Tanggungjawab di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Bengkel Penyediaan Daftar Risiko anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Bengkel yang bermula jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 4:30 petang merupakan julung kali diadakan seelepas pandemik covid-19 di Dewan Serbaguna Pusat Penginapan Pelajar (SAC).
Bengkel yang dikelolai oleh Encik Shahrul Nizam b Ahmad, Timbalan Pengarah Pejabat Pengurusan Risiko bertujuan untuk memantapkan dan membuat penyeragaman pengisian sistem risiko diperingkat HEP.
Ujar beliau, bengkel ini amat penting untuk membantu staf di setiap unit untuk mengisi sistem pengurusan risiko dan untuk mengelakkan salah faham.
Turut hadir pada program tersebut adalah Puan Nor Hidayah Bin Ishak, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM. Beliau berkata, bengkel ini dilaksanakan bertujuan membantu dan memantapkan kemahiran staf dalam mengisi sistem sedia ada. Alhamdulillah semua PTJ menghantar wakil dan respon balas adalah sangat positif.
Seorang peserta bengkel, Encik Zor bin Mat Nor, Pengurus Pusat Penginapan Pelajar ketika ditemui berkata, bengkel seperti ini perlu dilaksanakan secara berkala bagi memastikan setiap masalah dapat dikenalpasti dan dapat mencari jalan penyelesaian.