Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan
HEPA ONLINE : Baru-baru ini seramai 31 pelajar OKU UUM telah menghadiri Program Inspire Italent anjuran KBS, Kedah. Program Inspire Italent ini merupakan inisiatif di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) dan ILC PERMAI.
Program Inspire i-Talent merupakan pelan strategik Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) ke arah pembangunan sukan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di peringkat akar umbi. Objektif program ini adalah sebagai salah satu inisiatif untuk mengenalpasti bakat baru dari golongan OKU untuk diketengahkan sebagai atlet paralimpik negara.
Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dan menarik minat golongan OKU untuk bersukan dan berekreasi selain dijadikan sebagai platform untuk mereka menyertai aktiviti seumpama ini. Di samping itu, bakat baharu atlet OKU dapat di kenal pasti untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Kerjasama ini turut dapat membuka peluang kepada golongan pelajar OKU di Universiti Utara Malaysia untuk menonjolkan dan mengembangkan bakat mereka dalam sukan paralimpik. Setakat ini, peserta OKU dalam kalangan pelajar UUM adalah peserta yang paling ramai mendaftarkan diri bagi mengikuti program ini.
We Help. We Share. We Care