All News

BANTUAN KOMPUTER RIBA B40

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINEKementerian Pengajian Tinggi Malaysia teah mengumumkan bantuan tablet dan komputer riba kepada pelajar IPT yang memerlukan. Selaras dengan hasrat ini, Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD, HEP) telah  merealisasikan cadangan tersebut dengan menyalurkan sumbangan komputer riba kepada pelajar B40 UUM.

Setakat ini pihak Universiti Utara Malaysia, telah menyampaikan hampir 607-unit komputer riba kepada pelajar yang memerlukan sejak daripada tahun 2020 sehingga awal tahun 2022.

.

Setakat ini, Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) juga turut menguruskan sumbangan komputer riba daripada pihak agensi luar seperti Celcom Berhad, Telekom Malaysia, Lembaga Tabung Haji Malaysia, Kinrara Berhad, Yayasan Pelajaran Johor, dan sumbangan secara peribadi.

Sumbangan komputer riba ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak bagi membantu pelajar IPT untuk meneruskan proses Pengajian dan Pembelajaran (PdP) dengan lebih selesa.

Sumbangan komputer riba ini telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar iaitu Encik Huzaidy bin Hussain. 

Encik Huzaidy berkata “bantuan yang diberikan ini  sedikit sebanyak dapat memudahkan pelajar meneruskan pembelajaran secara fizikal mahupun secara atas talian dengan lebih mudah demi mencapai impian yang mereka inginkan terutama bagi pelajar yang tidak berkemampuan memilikinya”.

Pada ketika ini, Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD) juga mengalu-alukan semua pihak untuk menyokong hasrat ini dengan memberikan sumbangan komputer riba sama ada daripada pihak agensi luar mahupun sumbangan secara peribadi. We Help, We Share, We Care.