All News

PUSAT KAUNSELING FOKUS ASPEK KESIHATAN FIZIKAL DAN KEKUATAN MENTAL PELAJAR KOLEJ MARA

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINEUnit Kepimpinan & Pemerkasaan Pelajar, Pusat Kaunseling dan Pusat Pembangunan Pelajar (B2P) telah berkerjasama bagi membantu Kolej MARA merialisasikan Program GEAR UP MARA 2022.


Sesi program tersebut telah dihadiri oleh seramai 108 pelajar cemerlang MARA Kedah yang juga turut diiringi oleh tenaga pengajar Kolej MARA, Kedah.


Program ini adalah bertemakan kecemerlangan diri secara holistik bagi melatih pelajar cemerlang Kolej MARA dalam aspek pembangunan kendiri. Seramai 20 Fasilitator dalam kalangan Pelajar UUM yang diketuai oleh Muhammad Hafizzudin bin Zolkifely, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, sem 2, telah membantu dalam usaha memenuhi objektif penganjuran tersebut.


Menurut Muhammad Hafizzudin, “para Pelajar tersebut tidak hanya harus cemerlang dalam pembelajaran malah perlu diserapkan dengan nilai-nilai sahsiah diri yang mantap merangkumi aspek kekuatan diri agar mereka terus kental dalam menjalani kehidupan zaman ini,” katanya.


Justeru itu aspek kesihatan fizikal dan mental perlu dilengkapkan dalam diri mereka agar keseimbangan aspek akademik dan pembinaan sahsiah diri dapat diselarikan dalam diri mereka.