Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan
HEPA ONLINE : Boling Padang Perseorangan Wanita yang diwakili atlet UUM telah berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Lawn Bowls IPT 2022 yang berlangsung di Kompleks Sukan Lawn Bowls, Seremban 2, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Nur Nadhirah Azmi meraih emas setelah menewaskan lawan dari Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) yang juga pelapis pemain kebangsaan dengan skor 18-12.
Terdahulu di peringkat awal, Nur Nadhirah menewaskan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) 18-12 seterusnya perlawanan kedua bertemu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), menang 21-11.
Nur Nadhirah layak ke suku akhir menewaskan pemain dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 18-15, diikuti di peringkat separuh akhir bertemu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang juga merupakan pelapis pemain kebangsaan, Nur Nadhirah menang tipis 18-17.
Mengulas lanjut penglibatannya dalam sukan boling padang, Nur Nadhirah merupakan atlet SUKMA Perlis dan akan beraksi di Sukan Malaysia (SUKMA) Edisi Ke-21 pada September nanti.