All News

SUKARELAWAN UUM BERI SINAR KEPADA IBU TUNGGAL, ANAK OKU

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINETatkala ramai orang sedang menikmati kemeriahan dan kegembiraan aidilfitri, masih terdapat insan yang amat memerlukan perhatian dan bantuan agar dapat turut menikmati suasana tersebut.

‘Misi Sinar Cahaya Hidup Syawal 2022’ yang dijalankan oleh kumpulan sukarelawan UUM, telah membantu seorang ibu tunggal dengan mencuci dan membersihkan sekitar rumah mereka yang usang dan tidak terurus dengan baik. Ibu tunggal yang tinggal bersama anak OKU ini hanya mampu menyara kehidupan mereka dengan berniaga sebagai penjual kacang.

 

Program ini dilaksanakan bagi mendedahkan pelajar UUM kepada dunia Kesukarelawanan dengan menyantuni masyarakat yang kurang berkemampuan.  Pengarah program Nur Nazirah Binti Hisham, Jurusan Undang-Undang, Semester 2, UUM berkata, program ini sangat memberi kesedaran kepada diri mereka tentang nilai keperihatinan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Disamping itu, misi ini juga turut menguji semangat sukarelawan sebenar para pelajar apabila berhadapan dengan pelbagai dugaan ketika menjalankan misi tersebut.

Penyelaras program En. Mohd Khairone Md Khatidin berkata, program ini dilaksanakan dengan kekuatan seramai 10 orang pelajar sukarelawan UUM. Program ini diusahakan agar dapat memberi kesedaran kepada para pelajar UUM dan juga masyarakat sekitar tentang pentingnya menabur budi dan mewujudkan sikap saling membantu agar menjadi contoh dan amalan kepada semua masyarakat di Malaysia.