All News

LAPAN ORANG PELAJAR UUM TERPILIH MEWAKILI PASUKAN SOFBOL NEGERI KEDAH DAN PASUKAN MASUM DI KEJOHANAN SOFBOL TERBUKA KEBANGSAAN KE-46

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINESeramai lapan orang pelajar UUM telah terpilih mewakili pasukan sofbol Negeri Kedah Darul Aman dan Pasukan sofbol  Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan ke-46 yang akan berlangsung pada 3 Jun hingga 6 jun 2022 bertempat di Padang Polo, Pulau Pinang.

Pelajar UUM yang terpilih mewakili pasukan sofbol Negeri Kedah Darul Aman ialah Aisyatul Radziah bt Noor Hazlan (berdiri tiga dari kiri), Nurin Jazlina Bt Nordin, (berdiri empat dari kiri), Nor Hazimah bt Mat Ayob (berdiri lima dari kiri), Nur Shafikah bt Jamaluddin (berdiri enam dari kiri), Adriana bt Mohd Zahari Azanee (berdiri tujuh dari kiri), Nur Azwani bt Azman (duduk dua dari kanan), Nur Afifah Nabila bt Mohd Salahuddin (duduk lima dari kanan).

Manakala pelajar yang mewakili pasukan MASUM ialah Izzatul Natrah bt Rosli (duduk satu dari kiri).

Kejohanan ini akan melibatkan 12 pasukan bagi Kategori Lelaki dan 8  pasukan bagi Kategori Wanita dari seluruh Negara.