All News

PERJUMPAAN TNC HEPA DENGAN PEMIMPIN PELAJAR INASIS MAYBANK

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINESatu perjumpaan di antara Yang Berusaha Prof Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni ) dengan kepimpinan pelajar Inapan Siswa (INASIS) Maybank telah berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pusat Penginapan Pelajar (SAC) baharu-baharu ini.

Kepimpinan pelajar INASIS Maybank pula telah diwakili oleh Dr. Saola Oussama (Penolong Pengetua), Encik Kamal Khalid (Penolong Pengetua), Saudara Wassem (Presiden Jawatankuasa Pelajar INASIS Maybank), Saudari Marshila Kumin (Timbalan Presiden) dan  Saudari Michell Fadrick Tong (Bendahari).

Tujuan diadakan perjumpaan ini adalah bagi membincangkan beberapa isu yang berkaitan dengan penyenggaraan bangunan dan kemudahan serta perkhidmatan di INASIS berkenaan. Perbincangan telah diadakan dengan penuh kemesraan dan telah mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.

Menurut Saudari Michell Fadrick Tong yang turut bersama di dalam  perbincangan tersebut menganggap pertemuan yang diadakan itu  patut diteruskan lagi pada masa hadapan. Ujar beliau lagi,  perbincangan berkenaan akan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang selama ini dihadapi oleh seluruh penghuni INASIS Maybank.

Turut hadir di dalam pertemuan tersebut adalah Dr.Kamarul Azman Khamis (Dekan Hal Ehwal Pelajar), Encik Huzaidy Hussain (Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar) Encik Zor Bin Mat Nor (Pengurus Pusat Penginapan Pelajar), wakil-wakil dari Jabatan Pembangunan Penyenggaraan  (JPP), Pusat Kesihatan Universiti, Jabatan Bendahari, UUMIT  dan lain-lain lagi.