All News

HEPA SERIUS DALAM USAHA MENINGKATKAN GE PELAJAR

Oleh : Unit Komunikasi & Latihan
Gambar oleh: Unit Komunikasi & Latihan

HEPA ONLINEBaru baru ini, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan Bengkel Pengukuhan Inisiatif Pelaksanaan Pelan Strategik 2022 bertempat di EDC Hotel & Resort Sintok. Seramai 86 orang peserta telah hadir dari Pusat Pengajian, INASIS, dan semua Pusat Tanggungjawab yang terlibat dengan Pelan Strategik Teras 6.

Pelan Strategik Teras 6 merupakan inisiatif Universiti untuk melahirkan pelajar seimbang dengan minda keusahawanan dan peningkatan kebolehpasaran graduan. Hasrat Universiti ini diperkukuh dengan 34 inisiatif yang telah disenaraikan dalam Pelan Strategik Teras 6.

Bengkel yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Teras 6, Prof. Dr. Ahmad Martadha bin Mohamed selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni ini bertujuan untuk memberi input tentang semua PI yang perlu dicapai serta tatacara penggunaan sistem yang digunakan dalam proses menginput data.

Penceramah utama yang dijemput dari Bahagian Pengurusan Korporat (BPK) iaitu Dr. Norhayati Yusuf, Pengurus Pelan Strategik telah berkongsi kesemua 34 PI di bawah teras 6 beserta definisi operasi yang perlu dicapai oleh PTJ terlibat. Antara peserta yang hadir dalam bengkel ini adalah semua Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dari 16 Pusat Pengajian yang telah memberikan kerjasama yang baik walaupun ini adalah kali pertama peranan ini diwujudkan.

Menurut Dekan Hal Ehwal Pelajar, Dr. Kamarul Azman bin Khamis, amanah untuk melaksanakan usaha ini perlu dipikul bersama bagi melahirkan lebih ramai graduan yang mempunyai kebolehpasaran yang tinggi dan memenuhi kehendak industri hari ini.