Oleh : Nor Hafizah Majid (Pelajar praktikum Faculty of Business, Economies and Social Development (FPEPS) UMT
Gambar : UUM CDC
KUALA LUMPUR : Simposium Inspirasi Kerjaya Anak Muda (YCS’22) telah berlangsung di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur yang dihadiri seramai 1000 peserta termasuklah Pengurus, Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) UUM, Shahrin Ahmad.
Beliau berkata, simposium ini bagi menyediakan latihan dan program kepada bakal gradúan dan belia di dalam negara serta menyediakan platform kepada tenaga pakar bagi membantu kerajaan terhadap program-program yang dapat mengatasi masalah pengangguran.
Dalam pada itu, i-LEAD telah memberi perkongsian daripada panel-panel yang berkemahiran dan pakar dalam pelbagai bidang untuk mengupas topik yang relevan dan terkini terutamanya kepada para belia dan mahasiswa. Turut diadakan pameran kerjaya melibatkan pelbagai sektor seperti Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) danTimes Consultant serta pameran kerjaya oleh pelbagai agensi seperti Malaysia Automotive Robotics and Institute (MARi). PERKESO-My Future Job, Tekun Nasional dan Kluster Kenegaraaan i-LEAD yang merupakan agensi kerajaan”, katanya.
Selain itu, simposium ini menekankan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengkhususkan bidang sains dan teknologi.
Antara lain, keadaan semasa yang berlaku di dalam negara mahupun dunia iaitu isu kesihatan melibatkan Covid-19 menjadi salah satu isu yang diketengahkan . Berdasarkan dapatan kajian yang dibincangkan dalam YCS’22 , “isu covid-19” memberi kesan dan menjejaskan masyarakat dunia semasa PKP malahan terdapat kesan yang ketara berlaku kepada rakyat iaitu hilang pekerjaan, kemurungan, majikan potong gaji dan banyak lagi berlaku semasa penularan wabak covid-19".
Simposium ini memberi ilmu dan pengalaman yang padu kepada semua peserta secara global.