Oleh : Muhammad Mujahid Mustaqim (Pelajar praktikum School of Economic, Finance and Banking (SEFB)
Gambar : UUM CDC
SINTOK : Pusat Pembangunan Kerjaya, Universiti Utara Malaysia (UUM CDC) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengeratkan kerjasama dalam kerjaya graduan baru- baru ini.
Malah, peluang kerjaya kepada graduan UUM yang buntu dalam menceburi dunia pekerjaan semakin bersinar dengan termeterainya jalinan kerjasama antara UUM CDC dan PERKESO.
Nursyakirin Mohd Saleh mewakili Unit Pemasaran Strategik dan Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), berkata “Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Malaysia (PERKESO) telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia. Inisiatif ini bertemakan “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” mendukung matlamat menurunkan kadar pengangguran memandangkan penciptaan peluang pekerjaan merupakan teras utama di bawah Bajet 2022”.
“Kerjasama PERKESO (MYFutureJobs) bersama UUM CDC ini dapat membantu pelajar dan graduan UUM untuk meningkatkan peluang kerjaya serta kebolehpasaran.
Pada masa yang sama, PERKESO akan mempromosikan portal pencarian pekerjaan MYFutureJobs melalui pendaftaran MYFutureJobs, taklimat MYFutureJobs, Career Coaching, aktivti engagement, photobooth dan sesi penyampaian cenderahati” tambahnya lagi.
Sementara itu, menurut Pengurus CDC, Shahrin Bin Ahmad, “Menerusi perbincangan awal, PERKESO dan CDC meninjau potensi untuk bekerjasama dalam Career Week atau Career Fair bagi graduan mencari kerja. Kerjasama ini berpotensi membawa manfaat untuk membuka peluang kerjaya dengan lebih meluas kepada graduan.
Beliau berkata “Perbincangan ini dapat dikonklusikan bahawa PERKESO dan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) mempunyai halatuju yang seiring”.
Selain itu, PERKESO digalakkan menjalin hubungan strategik bersama MPP UUM dalam slot khas ketika Career Week 2022 anjuran MPP.