Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat
HEPA ONLINE : Universiti Utara Malaysia (UUM) terus menghulurkan bantuan kepada pelajar-pelajar B40 yang terjejas pendapatan keluarga akibat covid-19 sebelum ini dan kali ini memfokuskan pelajar-pelajar di sekitar negeri Johor. Misi Bantuan ini merupakan inisiatif daripada Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Jabatan Hal Ehwal Pelajar, UUM bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar B40 dan asnaf UUM secara berperingkat.
Sumbangan diagihkan ke rumah-rumah pelajar bermula pada 15 Februari hingga 18 Februari 2022 di sekitar Parit Sulong dan Sembrong.
Menurut Prof. Dr. Martadha B. Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM berkata agihan sumbangan bagi permulaan ini telah mendapat respon yang cukup baik daripada pelajar B40 dan asnaf UUM, mereka perlu dibantu dan diberikan perhatian yang baik terhadap keperluan semasa.
Pihak SSSD, juga telah menguruskan penyediaan 51 buat kotak set Barangan Makanan seperti beras, milo, minyak masak serta barangan keperluan lain serta bantuan wang tunai kepada pelajar dan keluarga yang layak. Diharap sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pelajar UUM dan menjadi suntikan semangat kepada pelajar agar meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan sejahtera.