All News

BENGKEL DESKRIPSI TUGAS DI SAC

Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat

HEPA ONLINESeramai 16 peserta yang terdiri daripada Penolong Pengurus Asrama dan Pembantu Tadbir di Inapan Siswa (INASIS) telah terlibat di dalam Bengkel Deskripsi Tugas, anjuran Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Bengkel  selama sehari itu telah  diadakan di Dewan Serbaguna, Dewan Penginapan Pelajar (SAC) dan  dikendalikan oleh Puan Nor Hidayah Binti Ishak, Penolong Pengarah Kanan di Bahagian Pengurusan Korporat HEPA.

Deskripsi Tugas (Job Description) merupakan dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi. Melalui perenggan 7 dan 8 pekeliling ini, Deskripsi Tugas  diperkenalkan bagi menggantikan Senarai Tugas. Ia merupakan satu  elemen baharu yang diperkenalkan dalam pekeliling ini manakala sembilan (9) elemen utama yang lain ditambah baik dan dimantapkan mengikut keperluan semasa. (berkuat kuasa mulai 12 Julai 2018). Elemen-elemen utama yang terdapat  di dalam Deskripsi Tugas iaitu termasuklah  maklumat umum, tujuan pengwujudan jawatan, Akauntabiliti, Tugas utama, Dimensi, kelayakan akademik, kompetensi dan pengalaman.

Tujuan diadakan bengkel ini adalah bagi menunjukkan tatacara yang terdapat di dalam penyediaan Deskripsi Tugas serta menyemak senarai tugas staf di INASIS bersesuaian dengan keperluan semasa. Di samping itu juga bengkel tersebut dapat mengkaji berkaitan bebanan tugas staf sedia ada dan dapat merancang keperluan penambahan staf di INASIS.

Majlis perasmian  telah disempurnakan oleh Encik Noor Azman Bin Yusof, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Di dalam ucapan perasmiannya, Encik Noor Azman menyarankan supaya peserta-peserta dapat mengenalpasti kebaikan dan kelebihan jika jumlah INASIS yang sekarang ini berjumlah 8 INASIS untuk kembali semula ke  jumlah 15 INASIS. Ujar beliau lagi, setiap staf perlu diberikan bebanan tugas yang lebih seimbang dan adil serta memenuhi keperluan semasa yang sebenarnya.