All News

PELEPASAN MISI BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR B40 DI JOHOR

Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat

HEPA ONLINESeramai 51 orang pelajar Universiti Utara Malaysia yang berada di sekitar Parit Sulong khasnya dan negeri Johor Darul Takzim amnya akan menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah RM200.00 hingga RM300.00 serta barangan keperluan berjumlah RM300.00. Ini merupakan satu inisiatif daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di dalam menyantuni pelajar-pelajarnya dari golongan B40.

Misi pelepasan misi bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Encik Noor Azman Bin Yusof, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni) bertempat di perkarangan Bangunan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) baharu-baharu ini. Misi bantuan terbabit adalah meliputi di sekitar kawasan Parit Sulung, Sembrong dan lain-lain lagi. Majlis penyerahan sumbangan tersebut akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 15–18 Februari 2022.

Menurut Encik Noor Azman, bantuan ini merupakan satu usaha murni universiti melalui Bahagian Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar (SSSD) HEPA  bagi meringankan beban pelajar-pelajar UUM di negeri Johor yang memerlukan bantuan dan kebanyakan daripada mereka merupakan pelajar dari keluarga B40. Ujar beliau lagi, UUM mengucapkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada KPT terutamanya kepada menterinya YB Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad yang telah memberikan kerjasama dan sokongan di dalam misi tersebut. Turut hadir di dalam majlis tersebut ialah Encik Huzaidy Bin Hj. Hussain, Pengurus Bahagian Pembangunan Pelajar HEPA, Encik Mohd Maliki A. Rahman, Pegawai Tadbir SAC, Pegawai-pegawai HEPA dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM.