All News

40 STAF SOKONGAN (I) HADIR BENGKEL PENGURUSAN PENTADBIRAN

Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat

HEPA ONLINESeramai 40 staf dari kumpulan Sokongan 1, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah mengikuti Bengkel Pengurusan Pentadbiran bertempat di Hotel EDC, Universiti Utara Malaysia baharu-baharu ini. Bengkel yang berlangsung  selama dua hari anjuran Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini telah disertai oleh pegawai di HEPA yang terdiri daripada Penolong Pengurus Asrama (PPA), Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan, Setiausaha Pejabat dan lain-lain lagi.

Bengkel yang diadakan bertujuan untuk mempertingkatkan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan pentadbiran di setiap Pusat Tanggungjawab HEPA serta dapat sistem pengurusan pentadbiran yang lebih sistematik dan efektif. Di samping itu juga, ia diadakan bagi memberikan satu pengetahuan asas mengenai pengurusan pentadbiran secara teori dan amali serta meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan apabila berhadapan dengan pelanggan.

Bengkel tersebut telah menjemput beberapa orang penceramah yang hebat seperti Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Siti Rozaina Kamsani, Mantan Pengarah Pusat Kaunseling UUM, Puan Roszalita Saupi, Pensyarah Politeknik Syed Sirajuddin, Pauh, Tuan Hj. Yusnaidi Sabri, Pegawai Tadbir, Pusat Islam UUM dan Dr.Azlina Kamaruddin Pensyarah Kanan dari SCIMPA. Selain daripada ceramah, peserta-peserta juga terlibat dengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dan pembentangan.

Majlis perasmian bengkel  telah disempurnakan oleh Encik Noor Azman Bin Yusof, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Di dalam ucapan beliau, Encik Noor Azman menyarankan supaya  peserta-peserta dapat mempelajari tentang cara mengawal emosi di tempat kerja  serta  dapat melunaskan tanggungjawab  yang diberikan dengan sebaik yang mungkin dan menganggap setiap tugasan itu sebagai satu ibadah.

Turut hadir di dalam majlis perasmian bengkel tersebut ialah Encik Huzaidy Hj Hussain, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan  pegawai-pegawai HEPA.