All News

EN. MOHD NIZAR AHMAD PADZI, PENGARAH PUSAT SUKAN UUM BAHARU

Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat

HEPA ONLINEEn. Mohd Nizar Bin Ahmad Padzi, 41 Pegawai Belia Dan Sukan, Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia telah dilantik sebagai pengarah Pusat Sukan UUM yang keenam. Watikah pelantikan jawatan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Haim Hilman Bin Abdullah, Naib Canselor UUM di dalam majlis penyerahan pelantikan penjawat utama universiti di Dewan Angsana EDC UUM baharu-baharu ini.

Pelantikan Mohd Nizar adalah menggantikan Dr. Za’im Bin Ahmad yang telah menyandang jawatan tersebut semenjak tahun 2019. Pelantikan ini merupakan satu penghormatan kepada penjawat jawatan Pegawai Belia Dan Sukan yang sebelum ini telah diisi oleh ahli akademik universiti.

Beliau yang merupakan anak kelahiran Taiping, Perak dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah  mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dengan pengkhususan di dalam bidang Psikologi Sukan. Beliau telah memulakan kariernya di Institut Sukan Negara  Bukit Jalil pada tahun 2004 sebelum menyambung kariernya di Universiti Utara Malaysia pada tahun 2015.

Mohd. Nizar mengucapkan ribuan terima kasih di atas pelantikan beliau dan menganggap pelantikannya sebagai satu amanah yang diberikan oleh pihak pengurusan universiti kepadanya dan berjanji akan memikulnya dengan rasa penuh tanggungjawab.

Ujar beliau lagi, adalah menjadi hasrat beliau untuk membawa Pusat Sukan UUM kearah yang lebih kondusif, selamat dan berprestasi tinggi sebagai mengakhiri perbualan dengannya.