All News

LAWATAN PENGARAH HEP KE PUSAT EKUIN UUM

Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat

HEPA ONLINESatu lawatan ke tapak Pusat Ekuin Universiti Utara Malaysia (UUM) oleh pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Encik Noor Azman Bin Yusof telah diadakan baharu-baharu ini. Lawatan yang diadakan bertujuan untuk melihat aset-aset yang terdapat di tempat terbabit samada boleh digunakan lagi ataupun tidak sebelum diserahkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA).

Pusat Ekuin universiti sebelum ini telah diletakan di bawah kendalian Jabatan Strategik Dan Pembangunan Perniagaan (BSD) dengan  mengendalikan beberapa ekor kuda equin serta peralatan-peralatan yang berkaitan dengan edutorism universiti termasuklah basikal Volton, kereta kuda, kenderaan ATV dan lain-lain lagi. Pada tahun 2020, BSD telah berhasrat untuk menyerahkan aset dan inventori edutorism tersebut kepada Pusat Sukan UUM bagi kegunaan aktiviti pelajar. Walau bagaimana pun penerimaan aset dan inventori tersebut perlu dibuat penelitian  dahulu sebelum diterima memandangkan terdapat beberapa peralatannya yang telah uzur dan rosak serta memerlukan dana yang tinggi untuk dibaik pulih.

Menurut Encik Noor Azman Yusof, lawatan ini akan dapat memberikan peluang kepada HEPA untuk menilai  aset dan inventori yang akan diserahkan kepada HEPA dan satu perbincangan lanjut akan di bawa di peringkat HEPA sebelum diajukan  di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU).

Turut hadir di dalam lawatan tersebut ialah Encik Muhammad Fauzi Bin Mokhtar, Pengurus Bahagian Edu-Tourism BSD, Puan Nor Hidayah Binti Ishak, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Korporat HEPA dan beberapa orang pegawai dari BSD dan HEPA.