Oleh : INASIS BANK RAKYAT
Gambar oleh: INASIS BANK RAKYAT
HEPA ONLINE : Seramai 19 orang peserta dan 6 orang fasilitator dari INASIS Bank Rakyat telah menyertai program Team Building: There is No āIā in Team di Tuba, Langkawi pada 7 hingga 10 Disember 2021. Program ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan kemahiran semangat berpasukan dan kepentingannya dalam sesebuah organisasi disamping menggalakkan usaha kolaboratif melalui kekuatan dan kerjasama ke arah mencapai matlamat organisasi.
Menurut pengarah program Muhammad Nur Ramadhan Tajul Hasnan, program ini penting di dalam sesebuah organisasi untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan serta melahirkan sebuah organisasi yang mantap dari segi mental dan fizikal. Tambahan pula, setiap peserta mempunyai latar belakang yang berbeza dan program ini dapat dijadikan sebagai platform bagi mereka untuk lebih mengenali di antara satu sama lain.
Program ini juga secara tidak langsung dapat memupuk sifat toleransi sesama manusia sama ada ketika susah mahupun senang. Oleh itu, saya berharap aktiviti ini akan membawa impak yang positif dalam kalangan setiap peserta yang menyertai nya, ujar beliau lagi.
Pelbagai aktiviti yang telah diatur semasa program ini berlangsung termasuklah aktiviti yang melibatkan penduduk sekitar yang dinamakan Kabhi Kushi Khabi Gham di mana para peserta perlu turun padang untuk mengenali dengan lebih dekat penduduk di sekitar Pulau Tuba. Program ini memberi ruang kepada para peserta untuk berkomunikasi dengan penduduk kampong dan bersembang santai tentang kehidupan mereka serta mengetahui bagaimana mereka mendapatkan barang keperluan seharian mereka.Tambahan pula, majoriti daripada penduduk di pulau tersebut begitu terkesan sekali ketika pandemik Covid 19 yang melanda seluruh negara baharu-baharu ini. Di sini hanya terdapat beberapa buah kedai runcit sahaja dengan harga barangan yang sangat mahal disebabkan oleh kos yang sangat tinggi untuk mendapatkan bekalan tersebut dari pulau besar.
Presiden INASIS Bank Rakyat, Muhammad Amir Syafik Mohd Taufik berkata, berdasarkan pemerhatian beliau sepanjang menyertai program ini, beliau dapat melihat di mana penduduk di pulau tersebut yang seramai 2000 orang hidup dalam keadaan serba kekurangan dari segi akses keperluan harian, termasuklah sistem rangkaian komunikasi. Sebagai seorang pelajar ia secara tidak langsung dapat melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan yang serba lengkap di Kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) berbanding dengan kehidupan di sini.ā
Menurut, Dr. Nor Azura A. Rahman, Pengetua INASIS Bank Rakyat yang juga merupakan salah seorang fasilitator dalam program ini berkata bahawa peserta-peserta yang menyertai program ini begitu bersemangat. Ujar beliau lagi, adalah diharapkan peserta-peserta akan terus bersemangat dan menjalinkan kerjasama dalam satu pasukan serta dapat menanamkan sifat kepimpinan yang tinggi. Beliau juga selalu mengingatkan agar semua peserta sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang mengikuti program ini.