Oleh : Pusat Sukan UUM
Gambar oleh: Pusat Sukan UUM
HEPA ONLINE : Satu perlawanan bolasepak persahabatan yang melibatkan pasukan Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Jabatan Imigresen Kedah telah diadakan baharu-baharu ini di Stadium UUM, Sintok Kedah. Ini merupakan siri perlawanan persahabatan yang pertama diadakan pada tahun 2022. Perlawanan tersebut, telah memihak kepada pasukan Pusat Sukan Sukan UUM dengan keputusan 3-0.
Pusat Sukan UUM yang membariskan beberapa orang bekas pemain negeri seperti Maizal Hairi Marzuki dan beberapa orang lagi telah membuat asakan bertubi-tubi sejak wisel permulaan ditiupkan dan hasilnya mereka telah menjaringkan 3 gol di dalam separuh masa pertama.
Menurut Dr. Za’im Bin Ahmad,Pengarah Pusat Sukan UUM, perlawanan persahabatan ini diadakan bagi memupuk semangat kesukanan dalam kalangan kakitangan Pusat Sukan UUM disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama agensi iaitu di antara Pusat Sukan UUM dan Jabatan Imigresen Kedah. Tambah beliau lagi, perlawanan persahabatan ini adalah diharapkan akan dapat memantapkan kerjasama dan kolaborasi di antara agensi-agensi yang terdapat di negeri Kedah pada masa hadapan.
Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut adalah Puan Rosmaliza Binti Mohamed, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Kedah dan pegawai-pegawai kanannya serta pegawai-pegawai dari Universiti Utara Malaysia.