Baksis Mahasiswa Utara Mesra Komuniti anjuran Rakan Muda UUM
NIBONG TEBAL, 02 April – Yang Berhormat Dr. Amar Pritpal Abdullah, Adun Sungai Bakap yang juga Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri telah merasmikan majlis penutup program Bakti Siswa Mahasiswa Utara, Mesra Komuniti (BAKSIS MUMK) anjuran Sekretariat Rakan Muda Universiti Utara Malaysia (SRM UUM).
Program yang berlangsung selama empat hari bermula 28 Mac sehingga 31 Mac di Kampung Sungai Duri bertujuan untuk meningkatkan semangat kesukarelawanan dan kemahiran insaniah ini telah menerima penyertaan seramai 39 orang peserta terdiri daripada mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM).
Program ini juga bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan peluang kepada mahasiswa mempelajari budaya komuniti masyarakat setempat disamping mendedahkan mereka dengan pengalaman dan suasana kampung.
Aktiviti rentas desa, sukan rakyat dan malam kebudayaan merupakan pengisian utama sepanjang proram BAKSIS MUMK berlangsung dan menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Aktiviti penanaman anak pokok bakau turut dijalankan dan telah disempurnakan oleh wakil rakyat Adun Sungai Acheh.
SRM UUM dalam pada itu berharap agar program BAKSIS MUMK ini dapat memberikan pendedahan kepada mahasiswa akan keperluan aktiviti pembelajaran dan perkongsian ilmu dalam pembangunan masyarakat.