MPP UUM BINA HUBUNGAN STRATEGIK BERSAMA CDC UUM

Oleh : Muhamad Adip Zulkeflee (Pelajar praktikum School of International Studies (SOIS)
Gambar : UUM CDC

 

Sintok : Career Development Centre (CDC) Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah membina hubungan strategik bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UUM dengan jayanya melalui pertemuan antara pihak CDC dan barisan MPP kluster akademik baru-baru ini.

Pengurus CDC, Shahrin berkata, “Jalinan kerjasama antara MPP dan CDC semestinya mampu membawa banyak manfaat kepada kedua-dua pihak di masa hadapan sekaligus memacu UUM sebagai universiti pengurusan terkemuka.

Tambah beliau, “antara agenda yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut adalah mengenai penglibatan CDC dalam menjayakan program expo kerjaya yang akan diadakan pada bulan Jun 2022. CDC akan menyalurkan sepenuh tenaga dan komitmen bagi membantu pihak MPP menjayakan program tersebut”.

Dalam pada itu, Timbalan Yang Dipertua 1 (Akademik) MPP, Kaavilash Nair a/l Jason Raja, pelajar dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) ketika ditemui berkata, “Kami akan berganding bahu bersama CDC dari segi promosi program kepada pelajar-pelajar UUM kerana MPP mempunya medium hubungan pelajar yang lebih berkesan”.

Ulas beliau lagi, “Kerjasama CDC dalam menjayakan program expo kerjaya tersebut terutamanya dari segi hubungan korporat CDC bersama industri-industri di luar amatlah penting. Semoga hubungan strategik antara CDC dan MPP terus berkekalan dan dapat menjulang nama UUM ke persada dunia kerjaya".