Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat
HEPA ONLINE : Seramai 7 orang Pengetua Inapan Siswa (INASIS) di Universiti Utara Malaysia (UUM) telah dilantik semula untuk menjawat jawatan tersebut bersempena dengan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Penjawat Utama UUM Tahun 2022 yang telah berlangsung di Dewan Seri Angsana, EDC-UUM baharu-baharu ini.
Mereka ialah Tuan Hj.Mohd Fairus Bin Abd.Majid , Pengetua INASIS Petronas/Sime Darby yang juga merangkap Pengerusi Majlis Pengetua-Pengetua INASIS UUM, Dr.Rohani Binti Abdullah, Pengetua INASIS MAS/TNB, Prof Madya Dr. Rohafiz Binti Sabar, Pengetua INASIS Proton/Tradewinds, Encik Mohammad Hapisol Bin Othman, Pengetua INASIS Grantt/TM, Encik Suhaimi Bin Ismail, Pengetua INASIS MISC/BSN, Dr. Nor Azura Binti A.Rahman, Pengetua INASIS Bank Rakyat dan Prof.Madya Dr.Che Mohd Aziz Bin Yaacob, Pengetua INASIS SME Bank. Manakala seorang muka baharu telah dilantik iaitu Encik Mohd Illyas Bin Sofian yang menggantikan Encik Azhar Anis Bin Mohammad yang telah berkhidmat selama lebih 9 tahun sebagai pengetua di INASIS Yayasan Al Bukhary/Muamalat.
Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia. Di dalam ucapan beliau bersempena dengan pelantikan tersebut Prof.Dr Haim telah menyarankan supaya semua penjawat-penjawat utama yang telah dipilih sebagai penjawat utama universiti supaya dapat menjalankan tugas dengan ikhlas dan tidak mengenal erti penat lelah demi kearah kecemerlangan universiti.
Menurut Encik Mohd. Ilyas Bin Sofian, Pengetua INASIS Yayasan Al Bukhari yang juga merupakan Alumni UUM menganggap pelantikan beliau menjawat jawatan tersebut adalah di luar jangkaan. Beliau menyifatkan lantikan tersebut sebagai satu amanah yang perlu dipikul dengan baik dan adil. Ujar beliau lagi, satu kerja berpasukan yang mantap akan dibina bersama-sama dengan staf yang lain dan akan menumpukan kepada membantu pelajar-pelajar dari golongan B40.
Di dalam perkembangan yang lain, Puan Roslina Binti Abdullah, Pengarah Pusat Penginapan Pelajar. Pelantikan semula itu adalah atas dasar khidmat cemerlang yang telah dipamerkan oleh mereka di dalam mengemudikan pusat tanggungjawab masing-masing sebelum ini.