BENGKEL CELIK KEWANGAN HEP BERJAYA

Oleh : Unit Komunikasi Korporat
Gambar oleh: Unit Komunikasi Korporat

HEPA ONLINEPengurusan kewangan  merupakan perkara yang  amat penting di dalam sistem pengurusan sesuatu organisasi. Kecekapan di dalam pengendalian kewangan menjadi tuntutan di dalam kelancaran perjalanan sesuatu organisasi. Pengurusan kewangan yang baik akan melambangkan kecekapan dan ketelusan pentadbiran sesebuah organisasi.

Justeru itu, seramai 22  Pembantu Tabir Kewangan di Pusat, Bahagian dan Inapan Siswa (INASIS) Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah terlibat dengan Bengkel Celik Kewangan yang diadakan baharu-baharu ini. Bengkel yang diadakan selama sehari itu telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna, Pusat Penginapan Pelajar (SAC).

Kursus anjuran Bahagian Pengurusan Korporat, Jabatan Hal Ehwal Pelajar  ini telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Puan Hajah Noraidani Binti Ismail. Tujuan diadakan kursus ini adalah bagi meningkatkan pemahaman mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang efisyen di setiap pusat tanggungjawab di samping  memahami sistem pengurusan kewangan yang lebih sistematik dan berkesan serta meningkatkan kemahiran menyimpan dokumen dan merekod sIstem kewangan di organisasi masing-masing dengan lebih baik.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Noor Azman Bin Yusof, Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Pelajar. Beliau mengucapkan penghargaan kepada semua peserta kerana dapat hadir di dalam bengkel tersebut walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan di tempat masing-masing.  Ujar beliau, bengkel ini adalah diharapkan akan dapat memberi petunjuk dan panduan kepada peserta-peserta di dalam menjalan urusan kewangan dan sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul, peserta-peserta boleh datang sendiri berjumpa dengan beliau atau Pegawai Kewangan HEP untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Turut dijemput mengadakan  ceramah di dalam bengkel tersebut adalah Puan Asmaliza Binti Che Dan, Juru Audit Kanan Jabatan Canselori dan peserta-peserta juga telah mengadakan  latihan dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah serta  pembentangan hasil perbincangan.