PELAJAR MENANG PERTANDINGAN THEENTAMIZH THIRAL DAN MUTTAMIZH PANPADDU VIZHA PERINGKAT KEBANGSAAN

Oleh : H.Rasidah H.Rodzi
Gambar oleh: UUM SELECT

HEPA ONLINE : Menulis cerita pendek dengan gaya bahasa tersusun supaya mudah difahami dan dihayati telah membuktikan pelajar UUM juga berbakat setelah berjaya memenangi beberapa pertandingan short story writing mendahului Universiti awam di Malaysia

Dua pertandingan short story writing peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya malah pelajar UUM College of Business, Saila Anandan muncul sebagai Johan Pertandingan Theentamizh Thiral anjuran Persatuan Bahasa Tamil Universiti Malaysia Kelantan(UMK).

Dalam pada itu, pelajar School of Economics, Finance and Banking(SEFB) Kiroosha Raj K.Selvarajoo mendapat tempat keempat dalam pertandingan tersebut.

Selain UUM dan UMK,, peserta terdiri daripada Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Pahang ( UMP). Universiti Malaysia Perlis( UNIMAP),Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).

Dalam perkembangan yang sama, pertandingan Muttamizh Panpaddu Vizha (Thirukural Quiz) anjuran Persatuan Mahasiswa Hindu, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyaksikan pelajar School of Economics, Finance and Banking (SEFB), Swati Thamilselvam berjaya mendapat tempat ketiga.

Kemenangan tersebut membuktikan gaya dan ciri- ciri penulisan yang unik mampu memaparkan karya mereka serta menambat hati juri sekaligus membangkitkan semangat mereka untuk mara menceburi bakat dalam bidang penulisan yang ternyata membuahkan hasil yang membanggakan.

Masing- masing gembira menerima sijil penyertaan dan hadiah berupa wang tunai dalam pertandingan tersebut yang secara tidak langsung menyemarakkan motivasi diri supaya mengecapi kejayaan tanpa berputus asa.

Tahniah! Kekalkan momentum untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bakat dan arena bagi mencapai matlamat gagasan strategi Award Recipient Project (A.R.T) Student Excellence and Leadership Center (UUM SELECT) Jabatan Hal Ehwal Pelajar.