Berita dan gambar oleh: Sukarelawan UUM
HEPA ONLINE - UUM menghantar 5 pemimpin Sukarelawan UUM ke program Volunteer Leadership Development Programme di UTM Hotel & Residence anjuran
YSS (Yayasan Sukarelawan Siswa) dan MASKUM (Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia).
Program ini memberi peluang kepada pemimpin sukarelawan untuk membentangkan program-program sukarelawan yang akan dijalankan di universiti masing-masing
dan memohon dana daripada KPT dengan cara persembahan dan impak program yang terbaik.
Alhamdulillah UUM meraih kemenangan ini dan membawa pulang RM 2500.00 untuk program tahun 2022. Misi ini diketuai oleh saudari Nur Anis Nadira
Binti Tarmizi.
Menurut penyelaras sukarelawan UUM, program ini mampu mengilap kemahiran insaniah para pelajar untuk bersaing secara sihat dan membina keyakinan
pelajar untuk memperolehi dana daripada KPT.