Oleh. H.Rasidah H.Rodzi
Gambar oleh: UUM SELECT
HEPA ONLINE : Radio Televisyen Malaysia (RTM) saluran sensasi penyiaran media sejak tahun 1921 mengintai bintang pelajar cemerlang UUM untuk ditemubual dalam RTM Minnal FM National News dan RTM 2 Vasantham National Programme baru-baru ini.
Yokesswaran Cheladorai pelajar School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) yang sering menjulang nama UUM dalam dunia debat, pidato, sajak dan puisi diundang dalam sesi temubual di RTM bagi berkongsi pandangan dan perspektif pelajar mengenai Budget 2022.
Penampilan Yokesswaran dalam RTM Minnal FM National News memberi fokus kepada
Students and Youngsters Expectation on Budget 2022 manakala RTM 2 Vasantham National Programme menjurus topik tentang Students Youngsters Expectation on Budget 2022.
Dalam perkembangan yang sama, RTM sebagai wadah sajian informasi kekal relevan dan unggul merentasi masa bahkan melihat pelajar UUM Student Excellence and Leadership Center (UUM SELECT) Jabatan Hal Ehwal Pelajar sebagai bintang yang bersinar untuk ditemubual.
Menurut Yokesswaran yang diiktiraf sebagai belia berjaya oleh beberapa Media Nasional antaranya Vanakkam Malaysia dan RTM Minnal FM,
"Mahasiswa tidak ketinggalan menerima insentif dan penambahbaikan, mahasiswa kekal terbela dalam era pasca pandemik Covid- 19 dan mendapat manfaat dalam budget 2022".
Berkongsi pandangan selanjutnya, beliau menambah, "Maklumbalas positif diterima mengenai Budget 2022 termasuklah bantuan pendidikan, menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan sebagai pemacu pemulihan bagi menangani pengangguran ke arah memantapkan kedudukan ekonomi Malaysia",
Yokesswaran selaku Pemenang World Record dan Asia Book of Record, International Facilitator 2021 dalam Anugerah Anti- Ageing Yoga & Wellness Malaysia 2020/2021 turut berbangga di atas jemputan pihak RTM dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi inspirasi kepadanya.
Dalam konteks ini, beliau kekal komited dalam usaha UUM SELECT mendidik pelajar sebagai pemimpin masa hadapan membina keyakinan diri melalui strategi Media Appearance Project (M.A.P).