Berita dan gambar oleh: Nurly Aziyani Ahmad
HEPA ONLINE - Seramai 714 orang peserta telah mengikuti program ‘’Counselling Intervention Through Projective Drawing’’ pada 29 Oktober 2021 (Jumaat), bermula 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari melalui Aplikasi Facebook Live UUM Counselling Centre yang telah disampaikan oleh Puan Jamaidah Jamaludin, Kaunselor Berdaftar dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Tujuan program ini dijalankan sebagai salah satu program latihan secara terbuka kepada semua kaunselor dan komuniti di luar sana memandangkan pendekatan kaunseling masih tertumpu kepada kaedah kaunseling konvensional secara lisan menerusi kaunseling individu dan kelompok, maka ini merupakan satu alternatif baru untuk mempelbagaikan cara dan teknik kaunselor dalam menyediakan perkhidmatan tersebut. Malah, Projective Drawing dapat membantu kaunselor dalam menyelami isu atau konflik yang dihadapi oleh klien dalam mewujudkan peluang kepada klien mencipta ruang yang membolehkannya meluahkan diri dalam spektrum ekspresi yang luas.
Bagi membantu serta merealisasikan tujuan tersebut, Pusat Kaunseling dengan kerjasama Persatuan Kaunseling dan Psikologi dari Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial telah menganjurkan program ‘Counselling Intervention Through Projective Drawing’ khusus kepada kaunselor dan pelajar bagi memperolehi input yang terbaik bagi memulakan kehidupan yang kongruen dengan suasana kondusif di universiti dan secara tidak langsung menghasilkan kecemerlangan hidup dalam bidang akademik dan aktiviti sehingga membentuk sahsiah dan personaliti yang berkualiti.
Objektif program ini untuk memberikan ilmu baru mengenai seni lukisan dan mewarna mampu untuk mengetahui emosi klien ketika menjalani sesi kaunseling, dan mengembangkan Art Therapy kepada kaunselor dan pelajar. Porgram ini telah berjaya mencapai sasaran peserta iaitu terdiri daripada kaunselor dan pelajar Universiti Utara Malaysia serta seluruh universiti di Malaysia.
Hasil dari penilaian maklum balas mengenai program ini, peserta amat berpuas hati dan ingin menjalankan program sebegini lagi di lain hari. Peserta memperoleh pelbagai ilmu mengenai seni dalam sesi kaunseling dan belajar pelbagai teknik untuk kaunselor memimpin sesi secara Art Therapy.
Jelaslah, program sebegini amat bermanfaat kepada kaunselor dan pelajar untuk mengetahui dengan lebih mendalam seni yang ada semasa menjalankan sesi kaunseling. Walaupun terapi seni masih asing di Malaysia, hasil program sebegini mampu mengembangkan lagi dan membuka minda orang ramai untuk mengetahui terapi seni dalam sesi kaunseling.