MEMACU BUDAYA IMEJ KORPORAT, LAMBANG PEMIMPIN HEBAT

Berita dan gambar oleh: UUM SELECT

 

HEPA ONLINE : Dunia kian berevolusi, ekonomi semakin pesat dengan revolusi tanpa henti mengharungi arus ekonomi dunia. Mendepani cabaran,  

semua organisasi termasuk staf dan pelajar di universiti mesti berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya saing malah berfikir di luar

kebiasaan.

 

Kini, rata-rata syarikat gergasi  dan organisasi   telah mula mengubah rentak  ke arah pembudayaan imej korporat dan bukan lagi

sekadar imej biasa yang dipraktikkan sebagai amalan dahulu.  Permintaan terhadap pekerja yang cemerlang, mempunyai bakat,

kemahiran telah membuka  mata  organisasi supaya mementingkan kualiti perkhidmatan dan imej korporat.  Zaman berubah di

mana imej dan cara berkomunikasi turut memainkan peranan  penting sejajar dengan aliran perubahan.  Bahkan, hubungan korporat,

imej korporat dan komunikasi korporat menjadi pakej yang serasi.

 

Menyedari akan kepentingan dalam membudayakan imej korporat terutama dalam  melahirkan pemimpin yang hebat di kalangan staf

dan pelajar, Pusat Kecemerlangan dan Kepimpinan Pelajar (UUM SELECT) Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah membuka platform  yang luas 

untuk berkongsi  ilmu  dalam program Select Talk  bertajuk  Budaya Imej Korporat, Lambang Pemimpin Hebat" bersama  Timbalan Pengarah,

UUM SELECT Puan H. Rasidah  H. Rodzi yang berpengalaman lebih tiga puluh tahun.

Moderator program, pelajar tahun satu Sarjana Muda Kewangan, Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB),  Anis Nadia

 Andarod @ Androd menjelaskan  bahawa bertepatan dengan Universiti Pengurusan Terkemuka tajuk yang diketengahkan mampu memberi

input berguna sekali gus sebagai panduan kepada  staf dan pelajar dalam membantu merealisasikan hasrat murni universiti.

 

Senada itu, menurut  Timbalan Pengarah Select,

"Imej dan reputasi amat penting kerana apa sahaja yang kita lakukan akan menerima  'feedback' daripada komuniti serta pelanggan.  Persepsi

umum dan 'feedback' sama ada positif atau negatif  akan terbentuk daripada  imej  diri dan organisasi mencakupi nilai, persekitaran, budaya,

profesionalisma, tingkahlaku, komunikasi  yang  di tonjolkan.  Oleh itu, adalah penting untuk menjaga imej korporat kerana budaya imej korporat

menjadi kebanggaan, lambang kemegahan dan keunggulan sesebuah organisas bahkan perlu diterapkan dengan   efektif dan efisien”

“Aura  dan imej korporat  wujud dalam dunia yang mencabar ini, hanya yang terbaik menjadi pilihan,  oleh itu strategi perubahan  dan pendekatan 

ke arah imej korporat memerlukan komitmen yang menyeluruh", " Bakat dan minat  staf serta pelajar  perlu dikenalpasti supaya mencapai  

prestasi yang luar biasa  seiring dengan permintaan dunia sekarang", kata beliau.

 

Dalam pada itu, antara   elemen imej korporat yang ditonjolkan oleh UUM kepada  pelanggan dan orang awam berkenaan dengan layanan,

komunikasi, perkhidmatan dan hospitaliti ketika  mengendalikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), PPV ‘Outreach’ IPT UUM

yang beroperasi di Dewan Mu’adzam Shah, UUM  telah mendapat feedback  yang positif  daripada pelanggan. Ini melambangkan   prestasi

organisasi akan melonjak naik sekiranya imej korporat ini  terus kekal bukan sahaja oleh pihak pengurusan tertinggi malahan gandingan

pasukan  staf dan pelajar  yang  mengekalkan  moto ilmu, budi dan bakti

 

Dalam pada itu, 'secret recipe’ untuk membentuk perubahan membina imej  korporat  boleh dipraktikkan oleh pelajar dan warga UUM

antaranya bersikap profesional, komunikasi yang  efektif dan efisien.

Tegas beliau, budaya imej korporat  akan menjadi lambang pemimpin yang hebat   sekiranya  ciri pemimpin hebat  diaplikasi   antaranya

bersikap 'humble', profesional, amanah, berani, komunikasi yang baik, visi yang jelas, positif,  berbakat,  berilmu, berpengalaman, jalinan

hubungan yang baik dengan semua pihak, empati,  saksama, nemperkenalkan perubahan, kreatif serta karisma yang kuat. Di samping  itu, 

pemimpin yang hebat  menerima segala 'feedback' dengan telus dan profesional sekiranya positif maka ia akan menjadi nilai tambah,

sebaliknya feedback yang  negatif sebagai penambahbaikan.

 

Justeru,   setiap organisasi di semua peringkat perlu cakna akan peri pentingnya budaya imej korporat. Kita memainkan peranan penting

dalam mereformasi budaya lama kepada budaya imej korporat yang baharu kerana reaksi orang ramai akan bergantung kepada imej tersebut.

Organisasi mampu melonjak lebih jauh ke hadapan dalam aspek pentadbiran dan akademik jika budaya imej korporat dipraktikkan 

walaupun  sukar merentasi perubahan minda kita. Keharmonian setiap elemen dalam imej korporat perlu diselarikan dan menjadi nadi

kepada sesebuah organisasi.  Staf dan  pelajar   perlu  mempraktikkan budaya ini dengan memperkemas dan memperkukuhkan diri

terutama dalam aspek kepimpinan supaya menjadi pemimpin yang hebat.

 

Bak kata para pujangga, "Pemimpin yang hebat itu akan terus belajar dan akan terus memperbaiki diri demi menghebatkan orang yang

dipimpinnya"

"Leadership  is not about  a title  or designation, it's about Impact, Influence and Inspiration"