TAHNIAH! PELAJAR UUM NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO LIMA KALI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA

Oleh: Hajah Rasidah Haji Rodzi

Gambar oleh: UUM SELECT

 

HEPA ONLINE : Pelajar Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Undang- Undang dan Perniagaan di Pusat Pengajian Undang- Undang (SOL),  UUM Colgis, 

Mohammad Daniel Mohammad Ismail  tidak pernah kenal erti berputus asa malah terus  mengorak langkah   demi untuk merangkul 

kejayaan demi kejayaan  dengan gemilang.

 

Daniel  telah berjaya bergelar Naib Johan sebanyak lima kali dalam  pelbagai pertandingan  Pengucapan Awam Pidato peringkat 

kebangsaan dan antarabangsa sekaligus mengharumkan nama Universiti Utara Malaysia yang terletak di lembah Sintok. 

 

Nama beliau semakin dikenali, bakat beliau makin dikagumi. Daniel muncul dua kali sebagai  Naib Johan peringkat Antarabangsa 

menerusi Pidato Sayembara Bahasa Melayu anjuran Universiti  Teknologi Malaysia dengan hadiah wang tunai RM400 manakala 

 

Naib Johan Pidato  Piala Tun Mustapha  anjuran Universiti  Malaysia  Sabah dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM700.00.

 

Sebenarnya  bukannya mudah untuk berpidato, namun Daniel sebagai generasi muda kekal bersemangat dan cakna  dengan  

anugerah bakat yang dimilikinya supaya diserasikan ilmu bersama.

 

Kejayaan yang diraih terus semarak apabila beliau mengekalkan   lagi kedudukan sebagai Naib Johan  sebanyak tiga kali peringkat 

Kebangsaan. Beliau  merakamkan rasa gembira memenangi Pertandingan Pidato Kepenggunaan anjuran Universiti Teknologi Malaysia 

dengan hadiah wang tunai RM500.00, Pertandingan Pidato Piala Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan hadiah wang tunai RM700.00 

dan  seterusnya  pertandingan  Pidato Merealisasikan  Impian anjuran Universiti Teknologi Mara cawangan Shah Alam  dengan hadiah 

wang tunai  RM150.00

 

Senada itu, Daniel sebagai salah seorang pelajar  UUM Student  Excellence  and Leadership Center (SELECT) turut memantapkan  strategi  

Award Recipient  Project (A.R.T)  SELECT, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

 

Hakikatnya, Daniel melakar kejayaan  hebat,  meningkatkan imej diri dan UUM sekaligus  pembudayaan ilmu yang secupak boleh menjadi 

segantang berkat disiplin dan keyakinan  diri yang tinggi.