PELAJAR B40 TERIMA SUMBANGAN KOMPUTER RIBA

Berita & Gambar Oleh : Bahagian Perkhidmatan & Sokongan Pelajar
 
HEPA ONLINE: Perak – Seramai tujuh pelajar dari golongan B40 di negeri ini telah menerima sumbangan komputer riba (laptop) yang disampaikan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin, baru-baru ini.
 
Pengarah Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), Prof. Madya Dr. Rajwani Md. Zain berkata, misi bantuan daripada SSSD tidak akan pernah berhenti dan pihaknya akan terus mengenal pasti pelajar yang memerlukan.
 
“Kita akan mengadakan temuduga ke atas pelajar-pelajar terlibat dan penilaian dibuat berdasarkan keperluan semasa mereka,” katanya.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali memuji inisiatif yang dilakukan itu demi memastikan kebajikan semua pelajar yang berkeperluan dapat dipenuhi dan dijaga baik.
 
Menurutnya, usaha itu perlu diperluaskan secara menyeluruh lagi agar tiada yang tertinggal atau terpinggir dalam mengejar ilmu di UUM.
 
“UUM akan meneruskan agenda kesejahteraan kebajikan dan menyambut baik slogan 'We Help, We Share, We Care',” katanya.