Oleh. H.Rasidah H.Rodzi
Gambar oleh: UUM SELECT
HEP ONLINE : Syabas! Pasukan Theenjuvai Debat Tamil Universiti Utara Malaysia (UUM) berjaya merangkul Johan Pertandingan Debat Kalam Kaanpom peringkat kebangsaan yang berlangsung secara maya di Universiti Sains Malaysia ( USM). Empat pelajar UUM yang berjaya mengenepikan peserta dari universiti awam lain merupakan ahli pasukan Debat Tamil UUM di bawah Unit Debat, Advokasi dan Oratori (UDAO), Student Excellence and Leadership Center (SELECT).
Mereka terdiri daripada pelajar Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA), Uthaya Tharishany K. Sureas Kumar dan Shantene Subramanian, pelajar School of Law (SOL), Kothai Sunthraraju serta pelajar School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC), Yokesswaran Cheladorai. Kegigihan mereka menggarap idea yang bernas dalam persembahan sekaligus memberi impak yang tinggi akhirnya kemenangan berpihak kepada pasukan Theenjuvai.
Sementara itu, Ketua Unit Debat Tamil, UUM SELECT, Kothai Sunthraraju teruja apabila dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik dalam pertandingan yang memerlukan fokus secara total di samping memberi persembahan terbaik secara global. Menurut Kothai, pertandingan ini mencabar minda dan semua peserta memberi persembahan yang fantastik. Namun kejayaan mengutarakan fakta yang berbeza perspektif dan di luar kotak pemikiran antara asas kelebihan UUM mendahului peserta lain sepertimana dimaklumkan oleh hakim pertandingan.
Kemenangan Theenjuvai membawa pulang hadiah wang tunai RM300 menjadi motivasi dan semangat Theenjuvai untuk mengapai kejayaan yang lebih berprestij tinggi di masa akan datang. Dalam pada itu, pencapaian tersebut membuktikan bakat dan minat pelajar dalam pentas debat mampu mencipta nama UUM di peringkat kebangsaan secara berterusan sekaligus strategi UUM SELECT iaitu Award Receipient Project (A.R.T) direalisasikan.