PELANCARAN BULAN KEMEDEKAAN PERINGKAT HEPA MERIAH

PELANCARAN BULAN KEMEDEKAAN PERINGKAT HEPA MERIAH

HEP ONLINE :  Menjelang sambutan hari kebangsaan Malaysia ke 64 pada hujung bulan ini, satu majlis perlancaran  peringkat Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA) Universiti Utara Malaysia telah di adakan pagi ini. Majlis yang diadakan secara dalam talian susulan pandemic Covid-19 telah disempurnakan pelancarannya oleh Yang Berbahagia Prof.Madya Dr.Hendrik Bin Lamsali , Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (HEPA).

Di dalam ucapan pelancarannya, Dr.Hendrik telah meminta supaya semua warga HEPA menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya serta memanjatkan rasa syukur di atas nikmat yang dikecapi atas kemerdekaan negara. Kesengsaraan rakyat di negara-negara luar patut dijadikan sebagai satu pengajaran dan ikhtibar.

Beliau juga menyarankan supaya semua warga HEPA sentiasa memikirkan tentang sumbangan mereka kepada universiti dan negara bukan tidak  mengharapkan sumbangan universiti dan negara kepada mereka.

Ujar beliau lagi, sebagai sebuah keluarga yang besar,  HEPA perlu mengorak langkah saling bantu-membantu antara satu sama lain. Ini bertepatan dengan tema hari kebangsaan pada tahun ini iaitu Malaysia Prihatin. Justeru itu, misi bantuan HEPA semasa kluster Bah Sintok dan Dah Sintok serta misi bantuan mangsa fenomena kepala air di Yan patut diberi kepujian. Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para sukarelawan universiti yang membanting tulang berkorban masa di dalam program  pemberian Vaksin  outreach Institusi Pendidikan Tinggi di UUM baru-baru ini.

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara pada tahun ini , sebanyak 77 acara telah dirancangkan  yang melibatkan aktiviti dari Pusat, Bahagian dan Inapan Siswa (INASIS). Walaupun diadakan secara dalam talian namun beliau sangat berharap  supaya setiap program tersebut akan dapat berjalan  dengan lancar .

Majlis telah diakhiri dengan persembahan kebudayaan oleh staf HEPA dan pelajar-pelajar. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Prof Madya Dr.Massudi Mahmuddin, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Encik Noor Azman Yusof, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar yang juga merangkap sebagai  Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.