PERKONGSIAN BENGKEL PENGGUNAAN DAN APLIKASI INSTRUMEN DASS-21, GHQ DAN PHQ TERHADAP KESEJAHTERAAN MENTAL

PERKONGSIAN BENGKEL PENGGUNAAN DAN APLIKASI INSTRUMEN DASS-21, GHQ DAN PHQ TERHADAP KESEJAHTERAAN MENTAL, 09 MAC 2021

UUM ONLINE: Penularan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi impak yang sangat besar kepada seluruh masyarakat terutamanya di Malaysia.

Ekoran daripada ini, ia telah menyebabkan ramai orang mengalami masalah kesihatan mental kerana kehilangan sumber pendapatan dan sebagainya.

Rentetan daripada isu ini ia telah menganggu kesejahteraan psikologi, sosial, dan minda seseorang.

Sehubungan itu, Unit Perkembangan Profesional, Pusat Kaunseling Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia,

yang diketuai oleh Puan Nurly Aziyani binti Ahmad telah menganjurkan Bengkel Penggunaan dan Aplikasi Instrumen DASS-21,GHQ, dan PHQ

terhadap Kesejahteraan Mental secara atas talian melalui aplikasi Webex pada 1 Mac 2021 yang lalu.

Tujuan bengkel ini dikendalikan adalah untuk memberikan latihan mengenai instrumen yang boleh mengukur tahap kesihatan mental seseorang.

Objektif utama pengganjuran bengkel ini adalah untuk mengukuhkan kemahiran pentadbir instrumen untuk mentadbir dan menginterpretasikan

instrumen kepada klien yang menghadapi simptom kecelaruan mental.

Penganjuran bengkel secara atas talian ini telah menarik hampir 170 orang peserta   yang terdiri daripada Pegawai Psikologi, Pensyarah, Guru Kaunseling. Pentadbir, dan juga pelajar.

Maklum balas dari bengkel ini adalah sangat positif dan ia banyak memberi manfaat kepada peserta bagi mentadbir sesuatu instrumen terutamanya yang melibatkan kesejahteraan mental.