CERAMAH LEAN 5S

HEP ONLINE : Ceramah Lean 5S telah diadakan pada 10 September 2020 yang lalu oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP). Ceramah Lean 5S Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) bertempat di Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni dengan penyertaan peserta seramai 40 orang. Ceramah disampaikan oleh, Yang Berusaha Dr.Mohd.Norhasni Bin Mohd.Asaad Pengurus Pengurusan Kualiti Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Universiti Utara Malaysia.

Ceramah ini bertujuan memberikan kesedaran kepada staf-staf  Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM peri pentingnya meningkatkan kualiti kerja melalui Amalan 5S dan mewujudkan satu suasana yang kondusif bagi staf-staf Jabatan Hal Ehwal Pelajar UUM untuk menjalankan Amalan 5S serta mempertingkatkan kualiti kerja mereka.

Pelaksanaan ceramah ini diharapkan mampu menghasilkan kualiti kerja yang berkualiti  melalui Amalan 5S dan menghasilkan imej yang lebih menarik dan dinamik serta suasana yang kondusif di dalam ruang pejabat Pusat Tanggungjawab di dalam Jabatan Hal Ehwal Pelajar.