Career Info-Session : Intel Corporation

Career Info-Session : Intel Corporation

SINTOK – 18 Februari 2020 satu program “Career Info-Session” telah diadakan di Dewan Kuliah Gugusan (DKG) 2/1, Universiti Utara Malaysia (UUM). Dalam memastikan para pelajar bersedia menghadapi cabaran luar kampus, sudah tentu perencanaan pertama yang perlu difikirkan adalah persediaan terhadap alam pekerjaan yang bakal ditempuh kelak.  Program yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) adalah bertujuan untuk mendedahkan peluang-peluang kerjaya masa hadapan kepada pelajar UUM.

Objektif program ini adalah untuk memastikan para pelajar cakna tentang dunia pekerjaan. Selain itu, program ini juga turut memperkenalkan serta mempromosikan syarikat Intel kepada mahasiswa.

Menurut IT Infrastructure Asia Regional Manager @ Intel Technology Dr Mohgan Kalimuthu, pengetahuan dalam bidang ini perlu diketengahkan kepada mahasiswa sebagai satu persediaan awal yang boleh digunakan apabila berhadapan dengan dunia realiti dan bukannya fantasi.

“Peluang ini haruslah direbut oleh setiap mahasiswa sebagai satu landasan medium terbaik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang tidak hanya dari segi akedemik malah sahsiah mereka juga turut diambil kira”, katanya lagi.

Turut hadir bersama-sama Pengarah CDC Dr Herman Shah bin Anuar, staf-staf CDC, dan 50 para pelajar yang mewakili dibawah empat pusat pengajian masing-masing terdiri daripada SOC, STML, SOG dan IBS.

Program ini adalah satu pendekatan yang digunakan oleh CDC dalam mendidik mahasiswa yang akan berfungsi sebagai seorang pemimpin negara pada suatu hari nanti.