Oleh : Siti Hajar binti Mhd Azhar.
INASIS MISC : Pada 22 November 2019, Biro Komuniti, Integrasi dan Antarabangsa (KIA) INASIS MISC telah menganjurkan satu program iaitu ‘Clean Up With MISC’. Program ini telah dilaksanakan di Masjid Ar Rahman, Kg Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam Kedah.
Program ini melibatkan penyertaan daripada 50 orang peserta yang terdiri daripada 18 orang peserta lelaki dan 32 orang peserta perempuan yang merupakan pelajar-pelajar INASIS MISC.
Tujuan Program ‘Clean Up With MISC’ ini dijalankan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bagi menabur bakti di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat luar. Program ini berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Antara kawasan pembersihan yang terlibat adalah tandas, dapur, ruang solat dan juga perkarangan masjid.
Gotong-royong ini telah mendapat sambutan baik daripada pihak masjid. Ramai penduduk sekitar kampong tersebut yang turut datang membantu membersihkan di sekitar masjid tersebut. Mereka juga bersama-sama memasak dan menyediakan sedikit jamuan untuk semua yang terlibat dalam aktiviti tersebut. Turut hadir, Encik Ruzaidi Saad, Penolong Pengetua INASIS MISC.
Atiqah Aimuni, Pengarah Program ‘Clean Up With MISC’ berkata, beliau sangat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan oleh peserta ketika berlangsungnya program tersebut. “Proses pembersihan kawasan masjid ini dilaksanakan dengan sangat baik hasil daripada kerjasama semua peserta. Harapan dia adalah semoga ikatan yang terjalin antara peserta dan orang kampung semasa program ini dijalankan akan terus kekal hingga ke akhirnya”,katanya.