PROGRAM 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT

PROGRAM 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT

70 ORANG PELAJAR IKUTI PROGRAM 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT (COMMUNICATION, CAREER, COMMAND, COGNITIVE) ANJURAN PUSAT KAUNSELING

 

Pada 8 Oktober 2019,  Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia telah berjaya menganjurkan program 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT (COMMUNICATION, CAREER, COMMAND, COGNITIVE) bertempat di Foyer Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan sekitar kampus.

 Penganjuran program tersebut bertujuan memberikan input kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kecekapan berkomunikasi, seterusnya menjadi pelajar yang seimbang dari segi sahsiah dan akademik. Antara pengisian menarik program ini ialah para peserta diberikan pendedahan mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai dengan program pengajian melalui Inventori Minat Sidek, berbasikal sekitar kampus dan ‘Stail Belajar Saya’ oleh En Muhammad Noor Fitri bin Ahmad, Pegawai Psikologi dari U-Assist.