JALAN YANG KALSOM RANGKUL ANUGERAH PELAKON LELAKI TERBAIK
Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Kelab Teater Warna, Pusat Budaya dan Seni (PBS) telah berjaya merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sempena Festival Teater Negeri Kedah yang berlangsung baru-baru ini di Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Kedah (JKKN).
Warna mewakili UUM mempersembahkan pementasan teater yang bertajuk Jalan Yang Kalsom telah membuahkan hasil apabila Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dijulang oleh Faiz Fadzil pelajar jurusan perakaunan dalam sistem maklumat di semester tiga.
Faiz Fadzil yang juga merupakan pengerusi kelab teater warna dan memegang watak sebagai Mior telah dibantu oleh seramai 25 orang krew produksi.
Teater ini menceritakan tentang seorang penulis bernama Meor yang membayangkan dirinya sendiri di dalam skrip ciptaanya yang bertajuk Jalan Yang Kalsom. Konflik mulai berlaku apabila beliau diganggu dan dihantui oleh watak-watak dan fiksyen penulisannya. Meor menjadi semakin parah apabila watak watak dalam penulisannya mula mengganggu mindanya dan menjadi semakin parah.
Menurut Pengarah Teater, Syafiq Ziazan, kemenangan ini adalah hadiah kepada semua penggiat teater Kelab Teater Warna terutamanya kepada krew pementasan Jalan Yang Kalsom yang telah bertungkus lumus sejak sebelum semester bermula lagi.
Sementara itu, Faiz Fadzil berkata, perasaan saya bercampur aduk dimana timbulnya perasaan bersyukur, terkejut, gembira dan sehingga sekarang masih tidak percaya bila pengacara majlis mengumumkan bahawa saya pemenang untuk pelakon lelaki terbaik.
“Hal ini kerana saingan yang begitu sengit untuk menjulang anugerah tersebut, harapan saya, semoga dengan anugerah yang diperoleh ini akan jadi pembakar semangat untuk saya terus berkecimpung secara meluas dalam dunia teater dan dapat menhasilkan karya saya sendiri untuk Pusat Budaya dan Seni secara amnya dan khususnya untuk Teater Warna ini.
Antara pelakon-pelakon Teater Jalan Yang Kalsom terdiri daripada Nisa Hanis sebagai Kamariah, Wawa Jofri sebagai Latifah, Farahain Ozlan sebagai Kamalia, Afzan Nasir sebagai Mei Ling, dan Irfan Isyraf sebagai Megat Dewa.
Festival Teater Negeri Kedah melabuhkan tirainya pada 17 September baru-baru ini dengan dirasmikan oleh Exco Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah, Yang Berhormat Mohd Asmirul Anuar Aris.
PROGRAM 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT
70 ORANG PELAJAR IKUTI PROGRAM 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT (COMMUNICATION, CAREER, COMMAND, COGNITIVE) ANJURAN PUSAT KAUNSELING
Pada 8 Oktober 2019, Pusat Kaunseling, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia telah berjaya menganjurkan program 4 WAYS BECOMING FANTASTIC STUDENT (COMMUNICATION, CAREER, COMMAND, COGNITIVE) bertempat di Foyer Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan sekitar kampus.
Penganjuran program tersebut bertujuan memberikan input kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan kecekapan berkomunikasi, seterusnya menjadi pelajar yang seimbang dari segi sahsiah dan akademik. Antara pengisian menarik program ini ialah para peserta diberikan pendedahan mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai dengan program pengajian melalui Inventori Minat Sidek, berbasikal sekitar kampus dan ‘Stail Belajar Saya’ oleh En Muhammad Noor Fitri bin Ahmad, Pegawai Psikologi dari U-Assist.