MUAMALAT BONDING DAY

10 JANUARI 2025 – Biro Sukan dan Rekreasi INASIS Bank Muamalat telah menganjurkan Muamalat Bonding Day. Program ini telah berlangsung di Padang INASIS Yayasan Al Bukhary dan seramai 90 peserta dari INASIS Bank Muamalat telah menyertai program menarik ini untuk memeriahkan lagi program Muamalat Bonding Day. 

Program Muamalat Bonding Day ini bertujuan untuk menguatkan hubungan silaturahim antara pelajar INASIS Bank Muamalat dan memupuk sikap kerjasama di antara pelajar. Selain itu, program ini membantu para pelajar untuk melepaskan tekanan dan stress ketika belajar memandangkan minggu peperiksaan hampir tiba. 

Sekitar jam 8 pagi, program ini telah dimulakan dengan senaman aerobik yang diketuai ahli jawatankuasa program ini. Usai senaman aerobik dilakukan, permainan pertama berlangsung iaitu kereta api sarong seterusnya diikuti dengan radio rosak, gula dalam tepung, sambut belon air dan permainan terakhir ialah guide the blind. Kesemua permainan ini memberikan keriangan kepada peserta ketika ianya berlangsung. Sebelum program ini berakhir, cabutan bertuah telah diadakan bagi merancakkan lagi majlis. Seramai 10 orang peserta yang bertuah dalam aktiviti ini dan berjaya membawa membawa pulang hadiah yang menarik dan berguna.

Secara rangkumannya, Muamalat Bonding Day berjaya mencapai objektifnya dengan mempererat hubungan dalam kalangan pelajar INASIS Bank Muamalat. Selain itu, program ini juga berjaya memupuk nilai-nilai murni seperti kerja berpasukan, saling menghormati, dan semangat kekitaan, yang menjadi asas penting dalam membentuk hubungan harmoni dan kolaborasi efektif di masa hadapan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penglibatan aktiviti interaktif, bagi memastikan hubungan silaturahim yang erat terus diperkukuh dalam kalangan pelajar.