ZAKAT PENDIDIKAN UUM (2016)

  1. Syarat-Syarat Pemohonan
    1. Pemohon mestilah beragama ISLAM.
    2. Pemohon adalah pelajar Universiti Utara Malaysia (Sepenuh Masa Sahaja).
    3. Pemohon hanya dibenarkan memohon SEKALI pada setiap sesi pengajian (2 semester sekali).

  2. Salinan-Salinan Dokumen Diperlukan
    1. Kad Matrik Pemohon
    2. Slip Gaji/ Penyata Pencen Ibu & Bapa/Penjaga
    3. Surat Pengesahan Pendapatan (Jika tiada slip gaji atau penyata pencen dan disahkan oleh Ketua Kampung/Penghulu/Pesuruhjaya Sumpah)
    4. Keputusan Peperiksaan Terkini
    5. Kad Memeluk Islam (Bagi saudara baru)
    6. Sijil Kematian (Bagi mengesahkan kematian ibu/bapa/penjaga pemohon)
    7. Salinan Buku Akaun Bank Pemohon
    8. Dokumen-dokumen atau sijil-sijil yang berkaitan

Nota Penting :

  1. Kesemua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu.
  2. Permohonan dibuka sepanjang sesi pengajian.
  3. Semua permohonan perlu melalui sesi temu bual dengan pegawai Unit Kebajikan bagi melancarkan proses permohonan.
  4. Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disokong oleh Pengetua DPP masing-masing sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
  5. Bantuan zakat hanya ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM3,000.

Permohonan dibuat  atas dasar benar-benar memerlukan bantuan sahaja

Print Email