Pengenalan

  • Bahagian Pembangunan Pelajar (B2P) merupakan nadi utama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM.
  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam mengurus dan membangunkan pelajar melalui aktiviti dan latihan.
  • Bertanggungjawab dalam merealisasikan usaha penerapan nilai-nilai keunggulan dalam diri pelajar.

OBJEKTIF

  •  Membangunkan potensi pelajar dalam aspek mental, fizikal dan kerohanian menerusi program dan aktiviti dalam bentuk kurikulum dan bukan kurikulum.

OBJEKTIF OPERASI

  • Memperkukuh dan memperkayakan ilmu pengetahuan, kemahiran pembelajaran selain memupuk nilai murni serta sikap proaktif dalam diri mahasiswa.
  • Melahirkan dan meningkatkan kualiti kepemimpinan dan pengurusan organisasi pelajar.
  • Merancang dan menguruskendalikan perkhidmatan dan kemudahan am bagi pelajar melestarikan suasana kampus yang kondusif bagi tujuan pembangunan akademik khususnya pembangunan sahsiah.
  • Menzahirkan matlamat untuk melahirkan generasi pelajar yang cergas, tangkas, memiliki daya saing serta daya juang yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan.
  • Mewujudkan kumpulan pelajar yang memahami hak dan keistimewaan serta tanggungjawab mereka terhadap diri, agama bangsa dan negara. 
  • Menjunjung dan menghormati aspirasi serta cita-cita negara melalui pelaksanaan fungsi Unit-Unit yang terdapat di bawah B2P.

Print Email