Warga Kampus Serikan Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat Sempena Konvokesyen

Source: Unit Komunikasi Korporat <This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.;

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

Gambar oleh: Muhammad Shamsul Shafie

 

UUM ONLINE: Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani bersama warga kampus memeriahkan Majlis Kesyukuran Dan Doa Selamat sempena Konvokesyen Ke-31 UUM, tengah hari tadi.

Pengarah Pusat Islam, Prof. Madya Dr. Ismail Ishak berkata, majlis yang diadakan di Masjid Sultan Badlishah, UUM itu disertai staf, pelajar, ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), pesara dan masyarakat setempat.

?Saya menyambut baik program seumpama ini sekali gus dapat mengeratkan silaturahim yang sedia terjalin.

?Kita berhasrat menjadikan majlis ini sebagai acara tahunan setiap kali menjelangnya majlis konvokesyen dan dimasukkan dalam kalendar universiti,? ujarnya.

Pada majlis itu, Ustaz Mohd. Firdaus Ahmat mengetuai bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat disusuli Solat Zohor secara berjemaah yang turut diimamkan beliau.

Selain beramah mesra bersama Naib Canselor, para tetamu turut menikmati makan tengah hari yang disediakan.