KERJASAMA STRATEGIK MARTABATKAN SUKAN GOLF

Source: Unit Komunikasi Korporat <This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.;

UUM ONLINE: Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Akademi Golf Nasional UUM (AGN), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Asian Golf Industry Federation (AGIF) dan Golf Club Managers Association of Malaysia (GCMAM) di Kota Permai Golf & Country Club, Shah Alam.

UUM diwakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim diikuti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AGIF, Eric Lynge, dan Naib Presiden GCMAM, Alam Chong.

Pemeteraian MoU ini  sempena Seminar BMI Club Management anjuran AGIF yang menarik penyertaan pengurusan kelab-kelab golf di Lembah Klang, Thailand dan Singapura.

AGIF merupakan organisasi serantau yang disertai pemimpin industri golf di Asia, pembekal barangan golf, perkhidmatan sokongan profesional, arkitek, hartanah dan syarikat pembangunan berkaitan industri golf.

Manakala sebagai persatuan profesional bukan bersifat keuntungan khas untuk anggotanya yang terlibat dalam pengurusan kelab golf, GCMAM komited merealisasikan program pembangunan profesional untuk pengurus dan staf dalam sektor kelab golf serta menawarkan program pendidikan golf .

Prof. Dr. Abdul Malek Abdul Karim teruja menjalinkan kerjasama dengan AGIF dan GCMAM yang membuka ruang luas bagi kolaborasi berimpak tinggi antara universiti dengan industri.

?Memorandum itu bakal memberi manfaat kepada ketiga-tiga organisasi sebagai rakan kongsi strategik dalam meningkatkan peluang serta potensi untuk pembangunan industri golf negara dengan pelbagai aktiviti.

?Antaranya pertukaran staf dan pelajar, penganjuran bengkel secara bersama, ceramah, seminar serta penerokaan projek penyelidikan dan pembangunan dalam pengurusan golf,? ujarnya.

Sementara itu, Eric Lynge berharap ikatan kuat antara kedua-dua organisasi dapat memberikan kesinambungan dalam usaha memartabatkan sukan golf di Malaysia.

?AGIF berharap agar pemeteraian MoU ini berupaya memperkukuhkan lagi hubungan antara universiti dan industri yang mana jaringan perhubungan serta pengemblengan usaha yang efektif mampu menggerakkan program pembangunan dan penyelidikan dalam bidang golf.

Alam Chong pula menyifatkan MoU ini satu peluang untuk menjalankan program pendidikan berterusan mengikut keperluan industri golf kepada ahli persatuannya dengan penawaran program akademik di peringkat sijil, diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

?GCMAM bercadang mengadakan program latihan profesional bagi ahli persatuan yang terdiri daripada pengurus kelab golf dan pihak pengurusan tertinggi untuk memastikan tahap kecekapan serta profesionalisme pengurusan kelab golf tempatan setanding dengan piawaian antarabangsa?, ujarnya. 

Hadir sama, Senator Laksamana (B) Tan Sri Dato Setia Mohd Anwar Mohd Nor, Presiden Malaysian Golf Association (MGA) dan Pengarah AGN, Prof. Madya Dr. Azman Yasin